
Latest News
Integriti dari kaca mata KSN
Oleh: BAHAROM MAHUSIN ( Utusan Malaysia )
KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan selalu mengingatkan para pegawai kerajaan tentang kisah kesukaran penduduk kampungnya pada tahun 1950-an. Berasal dari Cherok Paloh, kampung tepi laut yang lima puluh tahun lalu terletak dalam daerah Pekan tetapi kini menjadi sebahagian daripada daerah Kuantan, Mohd. Sidek menggunakan analogi Cherok Paloh untuk menggambarkan betapa pentingnya sistem penyampaian kerajaan dan kewujudan pentadbiran awam yang mesra rakyat.
Cherok Paloh terletak di kuala Sungai Pahang Tua dengan pantainya yang luas menghadap Laut China Selatan.
Menurut Mohd. Sidek, pada tahun 1950-an apabila penduduk Cherok Paloh ingin membayar cukai tanah, mereka berjalan kaki atau naik basikal. Sebelum dapat sampai ke jalan besar untuk ke Pekan, mereka terpaksa menyeberang sungai dengan perahu.
Sebahagian besar penduduk Cherok Paloh bekerja sebagai petani dan mengusahakan kebun getah, kelapa dan berkebun sayur. Membayar cukai tanah sekali setahun merupakan satu beban berat kepada mereka. Ketika membayar cukai tanah, mereka perlu meninggalkan kerja-kerja menoreh getah. Biasanya mereka menunggu musim tengkujuh. Apabila hari hujan dan mereka tidak dapat menoreh, mereka akan bersiap untuk ke Pekan bagi membayar cukai tanah.
Selepas berjalan kaki, mengayuh basikal, menaiki perahu menyeberang Sungai Pahang Tua, dan kemudian berjalan kaki atau mengayuh basikal ke Pekan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Cherok Paloh, hari telah pun petang. Kata Mohd, Sidek, ketika mereka sampai, pejabat tanah kadangkala telah pun ditutup dan kakitangan di pejabat itu menasihatkan penduduk Cherok Paloh yang hendak membayar cukai tanah supaya datang semula keesokan harinya.
Sambung.....
Bookmarks:
Furl it
Del.icio.us
Digg it
Fark it
Blink it
Spurl it
Smarking
Mengemaskini Forum PTDPortal.com
Dimaklumkan bahawa forum PTDPortal.com telah dijadualkan untuk penyelenggaraan mulai 5 November 2007 dan dijadualkan sehingga 30 November 2007. Sehubungan dengan itu, forum tidak akan dapat digunakan dengan baik sepanjang tempoh tersebut. Ini termasuklah tidak dapat mengakses forum, tidak dapat berforum, antaramuka yang berubah-ubah serta beberapa perkara lain yang tidak dapat dielakkan.
Kesulitan dalam perkara ini amatlah dikesali. Sebarang masalah sila maklumkan kepada admin@ptdportal.com
Bookmarks:
Furl it
Del.icio.us
Digg it
Fark it
Blink it
Spurl it
Smarking
IRAN'S AMBITION AND AMERICA'S FEAR, posted on 05 Oct 2006 by Danujawijaya
Pluto : No Longer A Planet, posted on 02 Oct 2006 by Danujawijaya
The Yearn For Good Journalism, posted on 28 Sep 2006 by faruqy
Do Newspapers Have a Future?, posted on 28 Sep 2006 by Zalan_Zalfrecko
The Pretender: Jack of All Trade, Master of All, posted on 16 Jul 2006 by Admin
Ada Apa Dengan DPA
