[back]
Rwanda anggota baru Komanwel
PORT-OF-SPAIN: Sesi eksekutif Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (Chogm) semalam bersetuju menerima Rwanda sebagai anggota baru selepas kajian mendapati republik itu menepati kriteria menjadi sebahagian daripada 53 anggota Komanwel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata negara dari benua Afrika itu sudah melakukan proses pemulihan yang begitu besar selepas hampir musnah disebabkan perang saudara.
"Daripada komitmen terhadap demokrasi dan nilai Komanwel, wajar sekali Rwanda diterima sebagai anggota baru," katanya.
Rwanda, bukan bekas jajahan British memohon untuk menjadi anggota Komanwel sejak enam tahun lalu, dikatakan mendapat sokongan daripada Australia, Kanada, Afrika Selatan, India, Uganda dan Kenya.
Komanwel adalah kelab negara mempunyai penduduk lebih dua bilion dengan nilai dagangan tahunan berjumlah RM9.8 trilion (AS$2.8 trilion).
Kemasukan terakhir adalah pada 1995 dengan dua negara Cameroon dan Mozambique menyertai Komanwel.
Najib berkata, pemimpin Komanwel juga bersetuju Australia menjadi tuan rumah persidangan Chogm 2011, manakala bagi mesyuarat pada 2013 dan 2015 masing-masing akan diadakan di Sri Lanka dan Mauritius.
Bookmarks:
Furl it
Del.icio.us
Digg it
Fark it
Blink it
Spurl it
Smarking
0 Comments
Posted on 30 Nov 2009 by shockwave
Content Management Powered by CuteNews
