left_bar_top
PTD Forum

SUBSCRIBE RSS



Receive updates into your e-mail automatically!

Enter your email address:

left_bar_bottom


left_bar_top


left_bar_bottom
left_bar_top
left_bar_bottom
News

[back]

KL, Ankara bantu pembangunan Iraq

PUTRAJAYA: Malaysia dan Turki bersepakat untuk bekerjasama membantu membangunkan semula Iraq, termasuk memanfaatkan peluang perniagaan di negara berkenaan, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Beliau berkata, kedua-dua negara akan menyediakan kertas kerja yang antara lain mengandungi perancangan untuk menjalin kerjasama antara mereka bagi membangunkan semula negara itu.

Katanya, Iraq menjemput Malaysia dan Turki untuk membantu membangunkan semula negara berkenaan selain memanfaatkan peluang dalam bidang perniagaan di sana.


“Kedua-dua negara ingin melihat Iraq membangunkan semula negara mereka dan kami berpendapat adalah lebih baik untuk bekerjasama. Selain mengambil peluang perniagaan di Iraq dan membina semula negara itu, sememangnya Malaysia dan Turki mempunyai hubungan baik dan istimewa dengan Iraq,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turki, Prof Dr Ahmed Davutoglu dan mengadakan mesyuarat dua hala di Wisma Putra, semalam.

Davutoglu dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Malaysia dan diiringi isteri serta pegawai kanan Kementerian Luar Turki. Menteri Luar Turki itu juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anifah juga berkata, Kuala Lumpur dan Ankara turut bercadang untuk bekerjasama bagi menjalankan projek pembangunan di beberapa negara Afrika.

Sementara itu, Davutoglu berkata, kedua-dua negara boleh menjalin kekuatan dan kerjasama untuk menjayakan sebarang projek pembangunan di Baghdad.

“Dengan kepakaran yang ada, saya percaya ia boleh digunakan secara bersama dengan Malaysia untuk menjalankan projek pembangunan di negara dunia ketiga malah di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Menyentuh mengenai perbincangan di antara kedua-dua pihak, Anifah berkata, Malaysia dan Turki bersetuju untuk mengambil langkah konkrit bagi meningkatkan jumlah perdagangan dan mengembangkan kerjasama dua hala dengan meneroka bidang baru.

Katanya, jumlah perdagangan pada 2008 di antara kedua-dua negara ialah RM3.18 bilion (AS$956.1 juta) berbanding RM342 bilion (AS$986.1 juta) pada 2007.

Sumber: Berita Harian Online



Bookmarks: Furl Furl it del.icio.us Del.icio.us Digg It Digg it Fark Fark it Blinklist Blink it Spurl Spurl it Smarking Smarking
0 Comments
Posted on 04 Nov 2009 by shockwave
Name:
E-mail: (optional)
Website: (optional)
Turing: turing
(Enter the turing number into the textbox above)
Smile: smile wink wassat tongue laughing sad angry crying


| Forget Me
Content Management Powered by CuteNews