left_bar_top
PTD Forum

SUBSCRIBE RSS



Receive updates into your e-mail automatically!

Enter your email address:

left_bar_bottom


left_bar_top


left_bar_bottom
left_bar_top
left_bar_bottom
News

[back]

Kerajaan Utama Keselesaan Rakyat Berbanding Defisit: PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendapat adalah lebih penting untuk memastikan rakyat sentiasa selamat dan dalam keadaan selesa serta tidak terbeban dengan masalah ekonomi berbanding menumpukan usaha untuk membendung defisit tambahan yang dialami negara, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, ini kerana defisit adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam jangka pendek dan semua negara akan mengalami defisit tambahan. "Kalau kita hendak buat suntikan pakej rangsangan yang besar, kita kena terima tambahan defisit. Mana lebih penting defisit lebih besar atau rakyat selamat dan selesa. "Kerajaan pilih untuk selamatkan rakyat, tetapi bila sampai masa nanti kita akan bendung dan kurang defisit negara," katanya menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu langkah yang diambil kerajaan bagi membendung peningkatan defisit tambahan negara yang kini mencapai 7.6 peratus. Perdana Menteri juga meminta Dr Tan menunggu ucapan Bajet beliau Jumaat ini bagi mendapatkan gambaran mengenai langkah yang diambil kerajaan dalam menangani isu defisit tambahan. Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Dr Tan, Najib berkata Malaysia sebagai negara anggota Asean dan pemerhati tetap persidangan berkenaan berpeluang menyuarakan pendirian negara berkaitan isu ekonomi dan kewangan antarabangsa untuk mengembalikan kestabilan ekonomi global dan mengelakkan krisis itu daripada berulang. Beliau berkata, Malaysia juga bersetuju dengan pendirian Kumpulan G20 bahawa institusi serta kerangka kewangan antarabangsa perlu diperbaharui, malah Malaysia mahukan reformasi tersebut dipercepatkan. "Sebenarnya Malaysia telah mendahului langkah yang diambil oleh masyarakat antarabangsa semasa kita menangani krisis kewangan Asia 1997-1998 melalui beberapa dasar menangani kemelesetan ekonomi yang tidak konvensional. "Pada masa ini pendekatan Malaysia untuk keluar dari kemelut ekonomi akhir 90-an telah dijadikan pendekatan Kumpulan G20 itu," katanya. Najib juga berkata, Malaysia mahu Sidang Kemuncak G-20 untuk membendung krisis ekonomi dan kewangan global, menstabilkan sektor kewangan antarabangsa serta mengembalikan pertumbuhan ekonomi dunia dengan segera. Kumpulan G-20 adalah sebuah kumpulan tidak rasmi beberapa negara, termasuk negara maju dan membangun secara sistematik, ditubuhkan sebagai respons kepada krisis ekonomi yang melanda dunia lewat 90-an untuk membincangkan kestabilan ekonomi dan penstrukturan isu-isu kewangan global. Sebelumnya, isu ekonomi hanya dibincangkan di peringkat Kumpulan G-7 negara-negara maju. - Bernama Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091019134017/Article/index_html


Bookmarks: Furl Furl it del.icio.us Del.icio.us Digg It Digg it Fark Fark it Blinklist Blink it Spurl Spurl it Smarking Smarking
0 Comments
Posted on 19 Oct 2009 by shockwave
Name:
E-mail: (optional)
Website: (optional)
Turing: turing
(Enter the turing number into the textbox above)
Smile: smile wink wassat tongue laughing sad angry crying


| Forget Me
Content Management Powered by CuteNews