left_bar_top
PTD Forum

SUBSCRIBE RSS



Receive updates into your e-mail automatically!

Enter your email address:

left_bar_bottom


left_bar_top


left_bar_bottom
left_bar_top
left_bar_bottom
News

[back]

SPA, JPA PERLU SEGERA ISI KEKOSONGAN JAWATAN

Petikan daripada Utusan Malaysia:

SPA logo
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengatasi segera masalah kekosongan jawatan di dalam kerajaan yang sehingga kini masih belum terisi.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Didalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd. Zain berkata, kedua-dua agensi kerajaan itu perlu lebih proaktif untuk menangani masalah itu memandangkan bebanan kerja kakitangan sedia ada semakin meningkat.

Beliau berkata, antara kategori jawatan kosong paling kritikal ialah kategori kakitangan sokongan di dalam bidang pentadbiran selain badan beruniform seperti polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

‘‘Masalah ini telah berlanjutan lebih 10 tahun lalu dan Cuepacs amat memandang berat tentang isu ini selain semakan gaji. Kita percaya ia berlaku disebabkan terlalu banyak kerenah birokrasi di dalam sistem pengambilan kakitangan.

‘‘Akibatnya kakitangan sedia ada khususnya kumpulan sokongan menderita kerana terlalu banyak bebanan kerja. Lebih menyedihkan lagi gaji yang mereka terima ini tidak setimpal dengan bebanan yang ditanggung,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu utama yang akan terus diperjuangkan oleh Cuepacs dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan awam di negara ini.

Pada Julai tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengarahkan SPA dan JPA mempercepatkan proses pengambilan siswazah menganggur bagi mengisi kira-kira 30,000 jawatan kosong di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Menangani

Timbalan Perdana Menteri berkata, terdapat 74,000 jawatan kosong dan 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh siswazah dalam usaha menangani masalah siswazah menganggur.

Ahmad Shah berkata, bidang perubatan juga antara bidang yang antara paling ketara kekurangan kakitangan.

‘‘Cuepacs sering menerima pelbagai rungutan daripada ahli kita yang mereka tidak cukup tangan untuk menyiapkan tugas yang diberi. Ketua Jabatan juga ada merungut yang mereka tidak cukup kakitangan.

‘‘Cuepacs tidak tahu apa yang dilakukan oleh SPA dan JPA selama ini sedangkan langkah itu merupakan salah satu cara yang boleh mengurangkan masalah pengangguran,’’ ujarnya.

Dalam pada itu Ahmad Shah melahirkan kehairanan kerana isu kekosongan jawatan di peringkat pengurusan tertinggi kerajaan tidak pula berlaku.




Bookmarks: Furl Furl it del.icio.us Del.icio.us Digg It Digg it Fark Fark it Blinklist Blink it Spurl Spurl it Smarking Smarking
15 Comments
Posted on 28 Feb 2007 by Zalan_Zalfrecko
by Zalan @ 28 Feb 2007 09:05 pm
Di mana silapnya? wassat
by Julian @ 01 Mar 2007 08:02 am
Salah siapa? tongue hehe, paham2 je la
laughing
Hmm...v can't simple amik budak2 fresh grad n sumbat masuk vacancies yg ada kan?fresh grad yg ada x semestinya 'berkualiti'...mesti pilih yg bagus...tak isi kekosongan pun i dun care, janji kerja org yg sedia ada tu is efficient enough wink
by Julian @ 01 Mar 2007 08:14 am
Sorry, typo kat comment atas...

Patutnya simply bukan simple....

Tuan Moderator, maaf ye.... tongue
by jang @ 01 Mar 2007 02:49 pm
btl..spptnya kna diisi sesegera mgkn..
smile
by liza @ 01 Mar 2007 03:02 pm
SPA hanya akan mengadakan urusan pengambilan untuk mengisi jawatan-jawatan yang telah dikosongkan apabila Kementerian dan Jabatan yang berkenaan membuat permohonan. And frm another perspective this problem could also arise bila Ketua Jabatan tak amik tindakan terhadap pegawai2 yg tak hadir bertugas, jadinye position tersebut masih belum dikosongkan (therefore tak boleh diisi) walaupun pegawai berkenaan actually tak masuk bertugas. That's why tindakan t/tertib is not just about fairness to the officer involved. It is also about fairness to the colleagues and Jabatan involved. So does anyone has any suggestions on how this perpetual prob can be resolved?
by ridwan @ 01 Mar 2007 03:11 pm
Sepatutnya SPA dan JPA yang menerajui program Modal Insan sektor awam perlulah menggunakan model yang tepat dan sesuai untuk Human Resource Planning. Requirement dan Availability perjawatan sentiasa dipantau, diisi menerusi Inventori Perjawatan. Basic concept dalam HR pun JPA dan SPA masih gagal nak apply. Yang nyatanya kekosongan kritikal tak berlaku pula di kedua-dua agensi ini. Dah yang pasti, pegawai-pegawainnya yang terlebih dahulu akan dinaikkan pangkat! wink
by liza @ 01 Mar 2007 03:41 pm
A comprehensive HR planning is a good idea but SPA would still need feedback from Kementerian and Jabatan on certain issues. For example, we could try an online system that is available to all agencies but without Jabatan feedback Ketua Jabatan would still have unfilled positions on MIA officers and officers who have been terminated by Lembaga Tatatertib Jabatan who decline to appeal to SPA. Also we must not forget that there are certain grades of officers whose authority for recruitment and retrenchment SPA has delegated to the various bodies. But I'm sure if all parties take part actively in your Inventori Perjawatan the problem is already half resolved. smile
by Zalan @ 02 Mar 2007 11:55 am
It doesn't make sense that there's huge vacancies in all government bodies, yet there's also huge unemployed graduates around. But I have a feeling that the HRMIS project, once fully operational, will provide a sound base for quick vacancy reporting from departments to SPA and JPA. However in the meantime, bureaucracy in recruitment process I think could and should be simplified. While I'm sure that SPA is very expert in these processes, yet it's high time to discuss how you can recruit the best of human capital in the most minimum time smile
by Dayang @ 12 Mar 2007 09:44 am
Juburla PTD! Berlagak je lebih, akai tarak. Tu yang JPA & SPA lembab! angry
by kayu @ 14 Mar 2007 11:18 pm
mengenai PTD ni, aku ada kenal bbrapa orang PTD. nak kata graduan berkualiti tak la kualiti pun, cakap tak demonstrate value seorang yg "idealist" pun. bongkak dan sombong. harap SPA dapat beri kan kursus agar mereka lebih matang. ok??? ini for kebaikan sbb orang2 kurang matang cam ni lah yang akan melambatkan dan melebabkan kerja kat gomen ni ..
by NUR ATHIRAH @ 21 Mar 2007 11:01 am
angry
by Zalan @ 23 Mar 2007 11:47 pm
But you two still are applying for PTD. Tells a lot of how hypocritical you can be laughing
by lynz @ 07 Apr 2007 04:24 pm
tongue
by Boy @ 05 Mar 2009 04:14 pm
for government jobs, all race need to be considered when hiring....I dont blame our infrastructure, but blaiming the government for not taking the right decision...& dont simply put one race only in government sector...sure "jahanam". Take multiple race to work in government sector to make sure iffecient work...there are so much graduate out there, & we need them to renergize the sector.... angry
by aliyah @ 07 May 2009 02:29 am
I worked hard enough and still keep trying to join PTD...Is there anyone here can help me? I went for exam so many time and already passed the exam but i never called for the interview session for 3 years..
Name:
E-mail: (optional)
Website: (optional)
Turing: turing
(Enter the turing number into the textbox above)
Smile: smile wink wassat tongue laughing sad angry crying


| Forget Me
Content Management Powered by CuteNews