Hubungan PTD, anggota pentadbiran penting
KUALA LUMPUR 21 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan hubungan antara anggota pentadbiran dengan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sangat penting untuk menjayakan agenda pembangunan negara.
Menurut Perdana Menteri, hubungan yang akrab antara kedua-dua pihak merupakan resipi terbaik untuk melaksana dan menjayakan segala dasar yang dirancang kerajaan.
"Hubungan yang dimaksudkan itu adalah dalam erti kata, kita faham antara satu sama lain dan percaya antara satu sama lain.
"Insya-Allah hasrat untuk menjayakan pembangunan negara akan tercapai melalui hubungan yang terjalin itu," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-21 Persatuan Alumni PTD (PTD Alumni) yang turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan dan Presiden PTD Alumni, Tan Sri Sallehuddin Mohamed.
Perdana Menteri seterusnya mengingatkan tentang Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Menurutnya, pelan hala tuju itu memperincikan objektif keberhasilan
dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan fokus yang khusus pada
tahun ini. - Utusan Malaysia
Bookmarks:
Furl it
Del.icio.us
Digg it
Fark it
Blink it
Spurl it
Smarking
MEB, NKEA lonjak ekonomi negara
PETALING JAYA: Kerajaan tidak boleh terus melaksanakan dasar ekonomi lapuk jika mahu melonjakkan ekonomi dan mengeluarkan Malaysia dari kepompong negara berpendapatan sederhana, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata sehubungan itu, kerajaan merangka Model Ekonomi Baru (MEB) yang diyakini mampu menjadi pemangkin dalam membentuk hal tuju baru ekonomi negara.
Bookmarks:
Furl it
Del.icio.us
Digg it
Fark it
Blink it
Spurl it
Smarking
Mr Pascal Lamy's lecture text on 'Trends and Issues Facing Global Trade', 17 August 2007, Kuala Lumpur, Malaysia, posted on 24 Aug 2007 by Dd
COMEUPPANCE, posted on 30 Jan 2007 by Dd
Cyberspying. A hacker's Confession, posted on 22 Nov 2006 by Dd
Pigs Parts For Human?, posted on 01 Nov 2006 by Dd
Ops! Mr. Bush Now What?, posted on 10 Oct 2006 by Danujawijaya
Ada Apa Dengan DPA
Intake Baru PTD -WOW Ramainya!~, posted on 01 Dec 2006 by Zalan_Zalfrecko
